RSS
email

Kisah Tok Bomoh

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana 
syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini.... 

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan 
orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. 
Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan 
orang lain hancur....nauzubillah... 

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan 
perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan 
bomoh handal tersebut. 

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap 
hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai... 

bomoh itu mendengar dengan 
teliti sambil mengangguk-angguk kepala. 
(aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal) 

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh 
lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya 
pula. 

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 
'anak ini berniaga kah?' 

saya menjawab: tidak. saya hanya....... 

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan. 
'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan 
perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat 
untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan 
ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya 
mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih 
pula kepada kedai-kedai kecil ini. 

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 
'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak 
perlu bawa barang-brang ini' 
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap 
si polan tadi. 

'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja 
sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup. 

saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup 
saya ingat... 

'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan 
ini?' tanya bomoh tadi. 

saya: er..Mcdonald dan KFC...... 

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang 
dengan saya. katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 
'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di 
luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan 
beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya 
tertawa besar) 

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh 
ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan 
besar sebegitu.... moralnya. ..mereka ini hanya bermain silap mata. 
'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya 
mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang 
perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang 
pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan 
lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan 
dengan 
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan 
amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..Wallahualam. ...maaf andai ada 
yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk 
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar!



Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

 

Galeri IejanWayne

  • Iejan
  • Iejan
  • Iejan
  • Iejan
  • Iejan
  • iejan
  • iejan
  • iejan

Celebs Blog